Sunday, 8 December 2013

Punca Dan Cara Merawat Jaundis Bayi

Leave a Comment
Jaundis adalah masalah yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Jika bayi anda mengalami jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu pakar pediatrik anda terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya, tapak tangan atau kakinya akan bewarna kuning.

Punca
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah stu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang-kala hepar mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luar biasa yang disebabkan oleh penyakit hepar atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf tetapi ini berlaku hanya apabila bilirubin berada pada tahap yang terlalu tinggi.

Kira-kira 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mengalami jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada kebiasaannya jaundis akan hilang selepas seminggu. 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.


Merawat Jaundis 
Jika anda menyusukan bayi, anda perlu menyusukan bayi dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor mungkin menjalani ujian darah pada bayi anda untuk mengukur aras bilirubinnya. Doktor juga perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas 7 hari atau berlarutan sehingga 14 hari. 

Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan fototerapi. Jadi, bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya hepar dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. 



Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional adalah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif seperti fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik adalah yang paling efektif bagi bayi yang menghidapi jaundis. Ada juga terdapat kes jaundis disebabkan jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus mudah menghidap jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

Ujian
Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya adalah dengan memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda bewarna pucat.

Ingatlah, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya bersifat sementara. Ia akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.

Ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

- Prof. Dr. Nik Hazlina Nik Kussain 


---------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian Shaklee, anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta maklumat lanjut tentang Shaklee. 

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli dengan menggunakan Debit Card/Credit Card? Klik BELI SHAKLEE ONLINE
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment